pasal buat blog ni semua plan aku dengan aziff time hari raya haritu. kitorang ingat mcm kalau kuar atau ada assignment ke atau apa apa saja, boleh lah diletakkan di dalam blog ini. niat pada mulanya bukanlah untuk memburukkan setiap orang di dalam kelas ini tapi benda dah melampau bak kata aziff. aku minta maaf seribu tahun yang dah lepas atau akan datang sebab aku terpaksa keluar kerana telah berjanji untuk teman zahin teman jumpa rakan lamanya petang tadi dan tidak dapat hadir untuk ke meeting kelas. aku tau ramai mesti ada yang mengamuk, bermogok atau meraung tapi memang salah aku juga. kata kata ekin memang lah benar dan setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan batas kemarahannya.aku harap yang kelas akan menjadi seperti biasa dan jika masing masing masih mahu kelas seperti sekarang, ayuh lah kita nikmati. aku tau yang separuh kelas memang tak puas hati dengan aku dan aku harus terima je lah. aku bukannya nak semua orang sukakan kat aku sebab aku dah biasa dengan benda-benda macamni dari sekolah lagi. dah muak dah. Sekian
everyone hates Penulis
Sunday, November 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment